Friday, September 10, 2010

SeLaMaT HaRi RaYa....(maafkan aku)



Assalamualaikum kepada semua sahabat aku.

Salam Syawal aku ucapkan kepada semua umat islam di mana jua mereka berada.

Entry aku kali ini aku tuju khas untuk kawan2 aku.
Di pagi yang Syawal ini, aku menyusun 10 anak jari aku, memohon ampun dan maaf, jika selama kita berkawan aku ada terbuat salah,silat atau terkasar bahasa yang membuatkan korang terasa sakit hati, secara sedar atau tidak, aku insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Di pagi yang mulia ini, aku tetiba rasa hiba bila mengenangkan sahabat2 aku.
aku tahu aku bukan la sahabat yang baik untuk korang semua, tetapi aku berusaha untuk menjadi terbaik untuk korang, di bulan yang mulia ini aku mengharap  korang dapat la maaf kan aku k, perkara yang lepas tu, biar la lepas, kita mula la dengan yang baru k. aku tahu, aku hanya mampu merancang, tetapi segala2nya Allah sahaja yang dapat menentukan...

aku tahu selama ini aku ada buat salah ngn korang, bukan aku sengaja, aku harap korang faham k, aku x tahu kenapa selepas seketika, korang terus hilang, langsung mesej n call aku korang x nak jawab, jahat sangat kah aku pada korang?? apa salah aku?? kalau korang terus berdiam sampai bila aku nak tau, apa salah aku terhadap korang, dan macam mana aku nak baiki kesilapan aku kalau korang x menegur aku??

Tolong la, kita semua dah dewasa, jangan lah buat macam perangai budak2 lagi...aku sedih tau x, kalau korang nak tau, aku x pernah lupakan korang walaupun aku ada kawan baru, ramai kawan yang menyatakan korang cari aku semata2 nak mintak tolong dan ketika aku senang, tapi bila aku perlukan pertolongan korang, korang hilang ntah lemana...

tapi bagi aku itu semua aku x kisah, aku still anggap korang kawan baik aku, aku x pernah sesekali membeci korang, atau untuk melupakan korang, aku sentiasa mengigati  dan merindui korang, aku rindu kenangan kita bersama sekolah dahulu...aku mau kita kawan seperti dahulu...

aku cuma mintak tolong ngn korang, tolong la jangan anggap aku dah lupakan korang, aku tau aku dah banyak berubah, tapi hakikat nya yang berubah adalah fizikal saje, tapi hati aku tetap sama. Aku mengharap sangat bulan mulia ini, kita dapat bertemu dan bermaafan, aku sayang korang, korang terlalu baik untuk aku, aku merayu ngn korang, korang jangan la segan nak jumpa ngn aku, aku sentiasa ok. dan ingat aku x bernah benci atau berperangsaka buruk ngn korang...

aku pun x tahu nak cakap apa lagi, cuma hari ini, aku mengharap agar Allah dapat mendengar doa aku, untuk berjumpa ngn korang semua, buang yang keruh ambillah yang jernih k...

Salam Aidilfitri dari aku...

No comments: